Makanan Lembu

Terdapat berbagai jenis dedak makanan lembu sepeti makanan lembu pedaging, makanan lembu tenusu, makanan penggemuk lembu dan makanan lembu pembaka. Dedak lembu adalah makanan tambahan yang dihasilkan untuk memenuhi keperluan nutrisi lembu secara seimbang. Ia terdiri daripada campuran bahan-bahan berkualiti seperti bijirin, protein, serat, mineral, dan vitamin yang dirumus untuk membantu pertumbuhan dan kesihatan lembu, sama ada lembu tenusu atau pedaging. Dedak lembu tenusu ini memainkan peranan penting dalam memastikan lembu susu mendapat nutrien yang mencukupi untuk meningkatkan pengeluaran susu.

Dengan tekstur yang mudah dihadam, dedak pedaging, penggemuk dan pembaka menyokong sistem pencernaan lembu dan memastikan penyerapan nutrien yang maksimum. Bahan-bahan yang digunakan dalam penghasilannya dipilih secara teliti untuk memberikan nilai pemakanan yang tinggi dan membantu meningkatkan imuniti lembu. Secara keseluruhannya, dedak lembu bukan sahaja berfungsi sebagai makanan tambahan, tetapi juga sebagai alat penting untuk mencapai hasil ternakan yang berkualiti tinggi dengan kos yang efektif.

Cart Content:

0 items - RM0.00

Showing all 9 results

Buka Chat
Scan the code
Hi saya Syamil 👋
Apa yang boleh saya bantu anda?