Panduan Penternakan Ikan Tilapia
Ikan Tilapia
Pendahuluan
Ikan tilapia merah, yang juga dikenali sebagai Oreochromis sp. dalam istilah saintifik, adalah salah satu spesies ikan yang sangat popular di Malaysia. Ikan ini mempunyai warna yang cerah dan bentuk badan yang menarik. Selain itu, ikan tilapia merah juga mempunyai rasa yang lazat dan kaya dengan nutrien yang baik untuk kesihatan.
Sebagai haiwan omnivor, ikan tilapia merah mempunyai tabiat pemakanan yang pelbagai. Ianya mampu memakan tumbuhan seperti alga dan rumput air, serta haiwanhaiwan kecil seperti cacing dan serangga. Kehidupan pemakanan yang pelbagai ini menjadikan mereka mudah dijumpai di perairan yang berlainan.
Dalam bidang penternakan ikan, ikan tilapia merah adalah salah satu spesis ikan yang paling mudah diternak. Ini kerana ikan ini sangat mudah lasak dengan persekitaran baru dan pelbagai keadaan persekitaran yang berbeza. Oleh itu, ikan tilapia merah sangat sesuai untuk diternak di perairan air tawar, seperti kolam, sungai dan tasik.
Keperluan Benih Talapia
Pada masa ini sebagai contoh di negeri Terengganu sahaja terdapat lebih kurang 600 buah sangkar ternakan ikan beroperasi di kawasan sungai. Dianggarkan sebanyak 85% adalah penternak talapia telah dikenali dan disukai oleh penduduk tempatan dan juga mendapat pasaran baik di seluruh negeri. Malah terdapat ikan talapia segar dieksport ke Singapura.
Pembaikan Kolam
Kolam perlu dibaiki. Ini bertujuan supaya kolam boleh dikeringkan dan boleh dimasukkan air pada bila-bila masa. Bagi pembiakan talapia, kolam perlu dibersihkan dari kotoran atau sekurang-kurangnya kolam dikeringkan atai dijemur supaya segala musuh dan penyakit dapat dihapuskan termasuk pengapuran kolam kapur panas.
Induk dan Baka
Bagi mendapatkan anak benih yang baik dan sihat, induk dan baka perlu dipilih. Adalah lebih baik sekiranya bekalan induk tersebut diperolehi daripada Jabatan Perikanan berdekatan disetiap daerah. Selain itu induk ikan air tawar ini boleh dibeli dari penternak-penternak dikawasan berdekatan.
Baja Kolam
Baja organik dan baja kimia perlu bagi projek penternakan ikan air tawar ini kerana pembiakan berlaku secara semulajadi. Untuk itu, kolam dan air kolam perlu disediakan dengan sumber makanan yang sesuai supaya ikan-ikan dapat bertelur dengan baik dan anak-anak ikan dapat membesar dengan cepat. Diantara keperluannya adalah najis ayam dan baja Tripple Super Phosphate. Kapur panas juga diperlukan untuk mengeraskan dasar kolam dan membunuh parasit dan pemangsa kecil.
Makanan
Terdapat 2 jenis makanan diperlukan untuk induk dan anak ikan air tawar.
Makanan Induk
Makanan rumusan (Palet) kandungan Protein 28%(Grower)adalah sesuai kerana ia merupakan makanan untuk pembesaran, kesihatan dan pemprosesan telur oleh induk. Ia biasanya boleh didapati dari kedai-kedai. Makanan ini juga boleh diproses sendiri bagi tujuan penjimatan. Untuk memproses secara sendiri, beberapa mesin memproses dan bahan-bahan mentah perlu disediakan dengan secukupnya.
Makanan Anak
Peringkat benih iaitu pada hari ke-4 selepas penetasan hingga minggu pertama. Benih oleh memakan plankton yang dibaja didalam kolam. Selepas itu boleh diberi makanan rumusan yang kandungan protein melebihi 32% atau sebaik-baiknya 35%-40% protein. Ini bertujuan supaya benih dapat membesar dan tidak berlaku ikan yang bersifat karnivor yang memakan ikan lain yang masih kecil. Selain itu juga, ia akan dapat menambahkan jumlah anak ikan yang tinggi dalam sesebuah kolam. Bagi mendapatkan sumber protein yang tinggi, makanan khas perlu dibeli dan harga agak mahal. Bagaimanapun jangka masa ini hanya 3-4 minggu sahaja. Selepas tempoh itu palet stater dengan protein 32% boleh digunakan.
Airator
Sebuah alat pengudaraan yang besar boleh beroperasi 24jam juga diperlukan untuk penternakan ikan air tawar ini. Alat ini perlu bagi membantu pengudaraan air di dalam tangki di mana benih-benih disimpan sebelum boleh dikeluarkan. Sebaik-baiknya alat ini diperlukan sebanyak 2 unit untuk memastikan benih akan berada dalam keadaan selamat dan tidak mati sekiranya berlaku kerosakan pada salah satu alat tersebut.
Tangki Fiberglass
Tangki-tangki fiberglass sangat diperlukan bagi sebahagian tempat asuhan dan pembiakan. Sebagai contoh ikan Leekoh, Keli dan Baung sesuai dengan teknik tersebut.
Pam Air
Sebuah pam air juga perlu bagi tujuan mencuci dan mengeringkan kolam. Kerja-kerja ini perlu bagi memulakan setiap pusingan baru penternakan ikan air tawar. Ini bertujuan untuk menghapuskan bakteria dan parasit serta pemangsa yang ada di dalam kolam.
Pukat
Pukat perlu untuk menangkap dan memindahkan induk-induk dan baka selepas mengeluarkan telur. Pukat ini perlu dilengkapi dengan tali aris disebelah atas dengan pelampung dan disebelah bawah dilengkapi pemberat.
Sangkar
Sangkar diperlukan bagi menyimpan induk semasa musim hujan antara bulan November – Januari. Pada hujung Oktober, semasa induk ditangkap dan disimpan dalam sangkar untuk mengelakkan ia terlepas jika berlakunya banjir. Sekiranya berlakunya banjir, sangkar akan terpung mengikut paras air san induk tidak akan terlepas. Binaan sangkar akan dibuat supaya mudah ditanggalkan untuk tujuan penyimpanan. Sangkar akan digunakna semula pada musim berikutnya. Pukat akan disimpan dalam drum plastik supaya tidak dimusnahkan oleh tikus misalnya.
Netlon
Netlon saiz 10mm diperlukan bagi tujuan membuat perangkap untuk menangkap anak ikan . Cara ini mudah dan kurang mencederakan anak ikan. Anak ikan boleh ditangkap sehingga 85%. Bakinya dengan cara mengeringkan kolam dan seterusnya kkolam akan dicuci/dijemur. Netlon juga akan diperlukan dalam pelbagai saiz bertujuan untuk menggredkan ikan mengikut saiz seperti permintaan oleh pelanggan samaada 1 inci,2” @ 3”.
Mesin Pengisar
Mesin ini diperlukan untuk menghancurkan makanan. Benih memerlukan makanan yang halus dan diberi makan secara “menabur diangin”. Oleh itu.palet stater perlu dihancurkan sehingga menjadi tepung.
Beg plastik 4cm x 60 cm
Digunakan untuk pembungkusan benih/anak ikan.
Balang Gas Oksigen
Ia diperlukan pada kadar deposit 300.00/unit dan sewa RM7.00 sebulan. Balang kecil juga diperlukan untuk dibawa bersama kenderaan yang mengangkut /menghantar benih ikan.
Operasi Pembiakan Benih
- Pembersihan dan memcuci kolam. Air kolam dikeringkan dan lumpur-lumpur dibersihkan dengan pancutan air supaya semua kotoran dapat dibersihkan. Kola dikapur dan dijemur seminggu dan dimasukkan air.
- Induk dilepaskan dengan kadar 150 ekor betina & 50 ekor jantan ke 5 buah kolam. Dan proses menunggu sehingga ikan mula bertelur.
- Terukan mencuci 5 buah kolam lagi dan kapurkan serta dijemur dan dikeringkan dalam tempoh sekurang-kuraangnya 1 minggu.
- Ikan akan mula bertelur selepas 3-4 minggu dilepaskan
- Kolam perlu dibaja dengan baja organik supaya dapat membiakkan plankton
- Seminggu selepas itu, ikan akan diberi makan palet starter yang ditingkatkan protein.ikan diberi makan 4-5 kali sehari.
- Minggu ke-4 anak ikan akan diberi makan starter berbentuk palet. Kadar pemberian makanan 3 kali sehari.
- Teruskan asuhan anak ikan sehingga ke saiz yang diperlukan oleh penternak 2”,2.5” atau 3”.
- Selepas minggu ke-2 anak menetas, ibu dan anak diasingkan ke kolam lain untuk pembiakan seterusnya. Proses yang sama akan berulang, jadual kerja dan pemberian makanan serta penjagaan kualiti air perlu berterusan untuk menjamin benih yang dikeluarkan adalah sihat dan berkualiti.
Kadar pengeluaran Rega dan Anak
Dijangka 70% ekor akan bertelur serentak dan setiap induk menghasilkan 600 ekor rega.
150 x 70% | 63,000 ekor rega |
Rega dijangka hidup 60% | 37,800 ekor |
5 buah kolam | 189,000 ekor sepusingan |
3 kali setahun | 567,000 ekor anak benih |
Bagi penternak yang berada di kawasan pantai timur khususnya, aktiviti pembiakan perlu dihentikan pada hujung Oktober setiap tahun untuk mengelakkan kolam ditenggelami air akibat banjir.
Setiap pusingan memerlukan masa selama 12 minggu iaitu untuk anak Talapia mencapai saiz 3”. Sekiranya saiz kecil diperlukan, maka masa adalah lebih singkat daripada itu. Dari itu, hanya 9-10 bulan sahaja dalam setahun kolam-kolam ini boleh beroperasi. Baki di hujung tahun pula induk akan direhatkan atau boleh dilupuskan jika tidak sesuai untuk pembakaan. Harga sekitar RM5.00 dan peratus induk masih kekal iaitu 80%. Dijangka berat anggaran 800 kilogram.
Menghadapi Musim Hujan
Pada bulan Oktober khususnya penduduk pantai timur, semua induk ditangkap dan ditempatkan didalam sangkar. Muatan bagi sangkar 10’ X 10’ X 4’ adalah 300 ekor maksimum. Anak-anak ikan juga akan ditangkap dan disimpan di dalam tangki fiber yang atau ia boleh dijual jika ada permintaan. Sekiranya jumlah anak agak besar, ianya boleh disimpan di dalam sangkar menggunakan pukat mata kecil(pukat bilis)
Menggredkan Anak Ikan
Setelah anak ikan berumur 12 minggu bagi saiz 3’, ikan boleh ditangkap dan kolam boleh dikeringkan. Anak-anak ikan akan digred dan disimpan di dalam tangki mengikut saiz. Sebelum ikan dijual, ikan perlu dikuasakan sekurang-kurangnya 24 jam. Ini adalah supaya ikan tidak mengalami tekanan terhadap perubahan suhu air, tempoh perjalanan yang jauh dan perubahan cuaca di sekitar.
Pembungkusan Anak Ikan
Anak ikan akan dikira sebelum dimasukkan kedalam beg plastik. Semakin besar saiz ikan , semakin kurang kapasit bagi setiap beg jika ikan dijual dalam jumlah yang kecil. Ikan boleh dikira seperti biasa dan jika jumlah yang besar, adalah baik disukat dengan menggunakan penyukat atau ditimbang.
Contoh Kos projek pembenihan anak tilapia
No | Perkara | Kuantiti | Jumlah (RM) |
---|---|---|---|
1 | Pembaikan kolam Menyewa Backhoe PVC pipe 6”g.p X gred B Elbow g.pusat 6” Pasir | 6 hari X 250.00 20 batang X 120.00 20 unit X 35.00 20 lori X 150.00 | 1,500.00 2,400.00 700.00 3,000.00 |
2 | Induk(Baka) 300 ekor/kolam X 5 = 1,000 ekor@400gram | 600kg X 6.00 | 3,600.00 |
3 | Baja Kolam Baja Triple Super plusplate Baja Najis ayam Kapur panas | 20 bag X 75.00 40 bag X 4.50 40 bag X 20.00 | 1,500.00 180.00 800.00 |
4 | Makanan Grower untuk induk (28% protein) Starter (>32% protein) Makanan khas protein tinggi >42% | 162 bag x 3 pusingan 30 bag/kolam X 10 X 3 400 kg X 20.00 | 15,552.00 34,200.00 1,000.00 |
5 | Airator 2 set aerator (heavy duti) Pipe PVC Tiub getah aquarium 10m gp/1 gelong(5kg) | 1600 X 2 20 btg(g.p 1”) X 20.00 1 gelen X 50.00 | 3,200.00 400.00 50.00 |
6 | Tangki fiberglass Lebar 3’ X panjang 10’ dan kedalaman 2’ RM4,000.00 | 10 unit | 40,000.00 |
7 | Pam air Engine 5KK(mudahalih)diesel Pam & Hos g.p 3” 100 meter | 1 unit 1,500 | 6,000.00 1,500.00 |
8 | Pukat menangkap ikan Pukat PE mata bersaiz 1” Talia aris Pemberat timah Pelampung | 30 kg @ 30.00 4 gulung @ 25.00 20 kg @ 10.00 50 | 900.00 100.00 200.00 50.00 |
10 | Sangkar 10’ X 10’ X 5 unit Pukat 10’ X 10’X kedalaman 4’ @ 200.00 Rakit kayu 2” X 2” X 14’ X 6 btg Drum terpakai Drum berpenutup | 5 set @ 224.00 60.00 X 8 X 5 set 60.00 X 5 set | 1,000.00 1,120.00 2,400.00 300.00 |
11 | Mesin pengisar(Himmer Mill) Mesin pengisar beserta motor 2 kuasa kuda @ 5000.00 | 1 unit | 5,000.00 |
12 | Beg plastic Saiz 40cm X 60 cm (berat tanggungan 25kg) | 100kg @ 7.50 | 750.00 |
13 | Balang gas oksigen Deposite 300 X 2 unit Isi gas 6 X 2 X 45.00 Sewa baling RM7/bln X 2 X12 | 600 540 168 | 600.00 540.00 1,308.00 |
14 | Mesin memproses makanan ternakan muatan 1 mt | 1 unit | 5,000.00 |
15 | Hormon ovafrim | 20 unit X 90.00 | 1,800.00 |
16 | Mesin rumput | 1 unit | 800.00 |
Jumlah | 172,210.00 |
Panduan menternak ikan tilapia di dalam kolam
Nama Tempatan : Tilapia Hitam / Tilapia Merah
Nama Inggeris : Black Tilapia/ Nile Bream
Nama Saintifik : Oreochromis niloticus
Kadar tumbesaran: Boleh mencapai 500gm dalam 6 – 8 bulan
Harga pasaran : 450 gm ke atas = RM8.00 – RM12.00 / kg
Benih ikan = RM 0.20 – RM 1.00 / ekor
Mengapa ikan tilapia popular?
- Mempunyai pasaran
- Tumbesaran yang cepat
- Rupabentuk luaran yang menarik untuk pasaran
- Tulang yang sedikit
- Daging yang enak dan sesuai untuk pasaran
- Tahan kepada perubahan persekitaran
- Tempoh ternakan yang singkat
- Teknologi untuk pengeluaran komersil yang sedia ada
- Boleh diproses kepada pelbagai bentuk produk
Pemilihan Tapak Kolam
- Bekalan air sesuai : sungai, mata air, taliair dan air bukit.
- Jenis tanah yang boleh menakung air : tanah liat.
- Bentuk mukabumi yang landai tetapi seboleh-bolehnya pilih tapak yang air mengalir bergerak mengikut graviti bumi untuk menjimatkan kos elektrik.
- Ada kemudahan infrastruktur seperti kemudahan asas (jalanraya, elektrik dll), senang mendapatkan buruh, selamat daripada bencana alam seperti banjir atau kemarau.
- Senang untuk memasarkan ikan.
Pembinaan Kolam
- Buat perancangan sebelum membina kolam seperti rangkabentuk kolam, susunan kolam, kedudukan bangunan, parit dll.
- Bersihkan kawasan di mana kolam akan dibina.
- Korek kolam – menggunakan jentera berat atau cangkul bagi kolam yang kecil.
- Kedalaman kolam yang sesuai = lebih kurang 4 – 5 kaki.
- Komponen utama kolam yang perlu ada/ dibina :
a. Batas atau ban – pastikan tidak mudah runtuh (tebing mesti bersudut 45 darjah).
b. Saluran untuk sumber air masuk ke dalam kolam dan juga untuk membuang air.
Persediaan Kolam sebelum pelepasan
- Keringkan air asal kolam untuk menggelakkan kematian ikan daripada jangkitan penyakit.
- Buang lumpur pada dasar kolam kerana ia akan menurunkan kualiti air. Selain itu, buang semua tumbuhan air yang tidak memberi manfaat kepada ikan.
- Taburkan kapur pada dasar, tebing dan batas kolam. Biarkan sekurang-kurangnya 2 minggu di bawah sinaran matahari. Kebaikan pengapuran adalah:
a. Meningkatkan pH air
b. Mengeraskan dasar kolam
c. Menghapuskan parasit (penyakit), musuh ikan dan tumbuhan yang tidak dikehendaki.
d. Mempercepatkan proses pereputan bahan organan serta meninggikan kesuburan kolam.
e. Mencepatkan proses mendakan bahan organan yang berlebihan di dalam air.
f. Selepas dasar kolam kering dan merekah, air dimasukkan ke dalam kolam
pH | Bawah 4 | 4 – 4.5 | 4.5 – 4.0 | 5.0 – 5.5 | 5.5 – 6.0 | 6.0 – 6.5 |
---|---|---|---|---|---|---|
Kapur Batu Putih – Limestone, CaMg (CO) (Kg/ha) | 3805 | 3044 | 2283 | 1902 | 1012 | 888 |
Kapur Abu Panas, CaO2 (Quicklime/ Burnt Lime) (Kg/ha) | 2917 | 2283 | 1776 | 1395 | 761 | 634 |
Kapur Abu Sejuk, Ca (OH)2 (Hydrated/ Slake Lime) (Kg/ha) | 1903 | 1522 | 1142 | 1015 | 507 | 507 |
g. Setelah sekurang-kurangnya 1/3 kolam dipenuhi air, baja ikan ditabur untuk menyuburkan kolam dari segi kandungan plankton (makanan semulajadi ikan).
Jenis Baja | Kadar yang disyorkan |
---|---|
Baja Fosfat i. Double Superfosfat (DSP) ii. Triple Super Fosfat (TSP)” | 400 kg/ ha/ setahun 340 kg/ ha/ setahun |
Baja Nitrogen i. Amonium Sulfat ii. Amonium Nitrat iii. Amonium liquar iv. Urea | 80 kg/ ha/ setahun 1,350 kg/ ha/ setahun 550 kg/ ha/ setahun 67 kg/ ha/ setahun |
h. Setelah dibajai, kolam dibiarkan sekurang-kurangnya 2 minggu sehingga air kolam menjadi kehijauan
i. Kemudian kualiti air diuji agar menepati keperluan mengikut kesesuaian seperti berikut :
Parameter | Nilai Yang Sesuai |
---|---|
i. Oksigen Terlarut (D.O) ii. Karbon dioksida iii. pH iv. Suhu air v. Ammonia | Lebih dari 2.5 ppm Kurang dari 25 ppm 6 – 8 20 – 35oC (optimum 28 – 32oC) Kurang dari 1.0 ppm |
Pelepasan benih ikan tilapia
- Kadar pelepasan = 3,000 – 5,000 ekor/ ha.
- Biasanya benih ikan yang hendak dimasukkan ke dalam kolam disimpan di dalam beg plastik. Beg plastik ini perlu diapungkan di atas permukaan kolam sekurang-kurangnya setengah jam. Ini bertujuan supaya benih ikan tidak mengalami tekanan akibat perubahan suhu yang mendadak. Selepas itu, benih ikan dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam air
Pemakanan
- Ikan Tilapia adalah daripada jenis “Omnivorous” ataupun Maserba (iaitu boleh memakan makananan berasaskan haiwan dan juga tumbuhan).
- Terdapat 3 punca utama iaitu :
a. Makanan semulajadi – bentos, nekton, plankton, lumut, tumbuhan air dll
b. Makanan tambahan – dedak, hampas kacang tanah, kelapa, soya, makanan berfomulasi (pellet), bahan-bahan buangan sayuran dan sebagainya. - Cara pemberian makanan :
a. Tabur – makanan ikan ditabur ke dalam atau di tepi kolam. Cara Cuba-cuba – makanan diberi perlahan-lahan sehingga ia berhenti makan. Cara ini agak lambat, namun demikian pemberian makanan boleh dikawal dengan senang. - Makanan haruslah diberikan ditempat yang sama setiap masa
- Ikan perlu diberi makan 2 kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan petang. Kadar pemberian makanan adalah seperti berikut :
Saiz Ikan | % Makanan yang patut diberi mengikut berat badan |
---|---|
Anak ikan kurang dari 2 inci Anak ikan antara 2 – 6 inci Ikan lebih dari 6 inci | 6 – 10% 3 – 6% 2% |
Purata Saiz Ikab Tilapia (g) | Kadar Pemberian Makanan (%) | Bilangan Ikan sekolam | Berat Makanan (g/sehari) |
---|---|---|---|
<1 | 30 – 10 | 1000 | 100 |
1 – 5 | 10 – 6 | 1000 | 300 |
5 – 20 | 6 – 4 | 1000 | 800 |
20 – 100 | 4 – 3 | 1000 | 3,000 |
100 – 250 | 3 | 1000 | 7,500 |
250 – 500 | 3 – 2 | 1000 | 10,000 |
>500 | 2 – 1.5 | 1000 | 7,500 |
Aktiviti Harian
Pemeriksaan ke atas kolam biasanya dibuat khususnya pada waktu pagi. Ini bagi mengelakkan penternak mengalami masalah-masalah diluar jangkaan. Antara aktiviti yang perlu ialah:
- Memberi makanan
- Pemeriksaan kebocoran kolam/ tambak/ batas
- Memeriksa kualiti air.
- Membersihkan penapis saluran air masuk dan keluar
- Mengawal rumpair
- Mengawal pemangsa
- Membuat catatan harian
Penuaian
- Penuaian boleh dilakukan mengikut bilangan ikan yang hendak dituai iaitu samada :
a. Penuaian secara sebahagian – menggunakan jala, dengan tangan, pukat tarik.
b. Penuaian keseluruhan – dilakukan dengan mengeringkan kolam sepenuhnya. - Umumnya tidak semua ikan yang dituai dapat dijual sekaligus. Oleh itu, penternak perlu menyediakan tempat seperti kolam khas (kecil), tangki atau bekas yang mengandungi air dan dibekalkan alat pengudaraan untuk menyimpan hasil tangkapan sebelum dipasarkan.
- Semasa penyimpanan ini, air batu boleh digunakan ke dalam tangki berkenaan dengan tujuan untuk menurunkan suhu dan mengurangkan aktiviti-aktiviti bakteria dan sebagainya.
Pengangkutan Ikan Untuk Pemasaran
Terdapat 2 cara utama yang boleh digunakan :
i. Bekas-Bekas / Tangki – berbagai bekas boleh digunakan seperti tong plastik, basin, bakul, kotak kayu dll. Bekas-bekas ini perlu dibekalkan pengudaraan dan suhu air dikawal.
ii. Membungkus – sesuai sekiranya destinasi pasaran yang jauh. Selalunya bahan pelali dan air batu digunakan bagi memastikan ikan berada dalam keadaan yang baik.