Panduan Penternakan Udang Galah

Panduan Penternakan Udang Galah

A. Jenis-jenis udang galah

Udang galah berasal dari keluarga palamonidae dan tergolong didalam golongan macrobranchium. Di Malaysia terdapat beberapa jenis udang air tawar yang tergolong di dalam jenis ini. Udang galah telah dikelompokkan sebagai udang galah tempatan dimana ia banyak diternak di kolam-kolam penternakan. Udang galah mempunyai ciri fizikal tubuh badan yang khas dimana ukuran kepalanya lebih besar berbanding dengan ukuran tubuhnya. Ini berlaku kerana pertumbuhan pada tubuhnya yang lambat. Dalam memasarkan udang galah, ia dianggap kurang menguntungkan kerana isi kandungannya yang hanya boleh dimakan sedikit sahaja. Oleh itu, beberapa eksperimen telah dilaksanakan untuk mendapatkan baka udang galah yang baik seperti melakukan perkahwinan silang. Tidak banyak di Malaysia melakukan kaedah perkahwinan udang galah ini. Kaedah ini telah menghasilkan baka udang galah yang bermutu tinggi dan berkualiti iaitu udang galah jenis GIMacro atau lebih dikenali sebagai udang galah super.

Udang galah super ini merupakan udang galah yang baik dan telah disarankan supaya diternak secara komersial oleh beberapa penternak di Malaysia. Antara beberapa kelebihan udang galag yang lain adalah;

  1. Pertumbuhan 30% lebih baik berbanding dengan udang galah yang lain.
  2. Peratus karapasnya lebih rendah sehingga isi dagingnya 13.74% lebih baik daripada udang galah tempatan.
  3. Ia boleh membiak dengan lebih baik dan banyak di kawasan paya bakau atau danau.

B . Ciri Fizikal Udang Galah

Udang galah termasuk didalam golongan udang asli yag banyak diternak di perairan Malaysia. Selain di Malaysia, udang yang sering mendapat julukan sebagai baby lobster boleh didapati di beberapa buah Negara di Asia Tenggara terutamanya di Indonesia. Antara kawasan utama penyebarannya adalah di perairan Asia Pasifik sehingga ke Afrika Timur. Berdasarkan sifat semulajadinya yang menggemari iklim tropika, udang galah boleh ditemui dengan banyak di sungai atau danau yang merupakan saluran utama aliran air ke laut.

Secara umumnya, berat udang galah tempatan adalah 300g/ekor. Tubuh udang terdiri daripada beberapa kulit keras yang mengandungi zat kitin yang kaku. Kulit tersebut akan mengalami proses penggantian (molting) dari semasa ke semasa. Ini menyebabkan kulit tidak dapat berkembang mengikut perkembangan tubuh udang dan bahagian kepalanya membesar dengan lebih pantas.

Tubuh udang galah terdiri daripada 3 bahagian iaitu, Cephalothorax, abdomen (tubuh) dan uropoda (ekor). Cephalothorax adalah gabungan kepala dan dada udang galah. Bahagian ini diselaputi dengan kulit keras yang dipanggil karapas atau cangkerang. Pada bahagian hadapan kepala terdapat bonjolan kulit keras bergerigi (rostrum). Rostrum digunakan untuk mengkelaskan jenis udang galah dengan membandingkan jumlah yang terdapat gerigi yang terdapat pada rostrum tersebut.

Bahagian abdomen terbahagi kepada lima ruas dan setiap ruas memiliki sepasang kaki renang yang disebut pleiopoda. Kaki pada udang betina lebih lebar dan mempunyai ruang untuk proses pengeraman telur (broodchamber). Manakala ruas terakhir pada abdomen digelar uropoda dan kakinya berfungsi sebagai pengayuh dan disebut ekor kipas.

Uropoda terdiri daripada 3 bahagian iaitu bahagian luas (eksopoda), bahagian dalam (endupoda) dan bahagian hujung yang meruncing(telson).

Kulit udang galah berwarna biru kehitaman tetapi boleh bertukar menjadi merah di kawasan perairan umum. Perubahan warna ini disebabkan oleh proses penyesuaian diri udang di kawasan lingkungannya. Selain itu, perubahan warna ini disebabkan oleh kandungan astaxantin yang diperolehi daripada protein udang.

Perbezaan antara udang galah jantan dengan udang galah betina adalah berdasarkan kepada ukuran bentuk dan kakinya. Kaki udang galah jantan lebih besar berbanding dengan udang galah betina. Keseluruhan permukaan kaki udang galah jantan dan betina ditumbuhi dengan duri(spina).
Jantan

JantanBetina
1. Bahagian perut lebih kecil dan ukuran pleuron lebih pendek.
2. Alat kelamin terletak pada pasangan kaki jalan kelima.
3. Bentuk dan ukuran kaki jalan kedua sangat besar dan panjang seperti galah.
1. Bahagian perut melebar dan ukuran pleuron lebih panjang
2. Alat kelamin terletak pada pasangan kaki jalan yang ketiga
3. Pasangan kaki jalan kedua lebih kecil.

Perbandingan udang galah & udang galah air tawar

Terdapat beberapa ciri perbezaan diantara 2 jenis udang ini.Perbezaan tersebut adalah seperti berikut;

  1. Udang galah mempunyai bonjolan kulit keras yang bergerigi adalah panjang,kurus & bahagian pangkalnya adalah bengkok. Geriginya tersusun rata, terdapat 12-15 gerigi pada bahagian atas dan 10-14 gerigi pada bahagian bawah.
  2. Penutup insang memiliki garis luar yang mendatar, terutama pada udang galah muda.
  3. Kulit keras pada ruas kedua terletak antara ruas pertama dan ruas ketiga.
  4. Terdapat sepasang kaki yang panjang pada udang galah jantan
  5. Tubuh udang galah berwarna biru kehijauan.

C. Kitaran Hidup Udang Galah

Ciri-ciri kehidupan udang galah dari segi kehidupan asal ialah di kawasan muara sungai yang mana air sungai mengalir ke laut. Udang galah pada peringkat larva ke anak udang galah kecil, hidup di kawasan air payau. Pada peringkat anak udang galah muda ke peringkat dewasa , ia membiak di kawasan air tawar. Untuk pengusaha yang menternak udang galah secara kolam, pada masa ini udang galah boleh diternak di kawasan air payau kerana ia bersifat euryhalin iaitu dapat menyesuaikan diri dengan air masin. Oleh itu , udang galah boleh diternak di kolam air tawar, sawah dan di kawasan air payau. Sifat udang galah yang suka berteduh pada siang hari dan aktif pada waktu malam. Udang galah juga tidak tahan kepada cahaya matahari yang terik. Oleh itu, terdapat udang galah berteduh di kawasan yang teduh.

Penyediaan kolam untuk ternakan udang galah adalah penting untuk menjamin tumbesaran kepada anak benih yang diternak. Struktur kolam yang dibina perlu memenuhi ciri-ciri habitat asal udang galah iaitu dimuara sungai yang mana air sungai mengalir kelaut. Udang galah memerlukan bekalan oksigen yang mencukupi untuk hidup. Jika udang galah diternak di kawasan ternakan yang tidak mempunyai pengaliran air yang baik, udang galah akan lemas dan boleh menyebabkannya mati. Selain itu udang galah juga amat peka terhadap gas beracun daripada sisa-sia metabolisme seperti gas ammonia (NH3) asid sulfida(H2SO4).

D. Makanan Udang galah

Udang galah bersifat memakan haiwan dan tumbuhan.Antara makanan udang galah ialah cacing , tumbuhan air , larva serangga, udang kecil, daun, biji-bijian, detrius dan plankton. Di dalam kolam penternakan, udang galah akan diberi makanan tambahan iaitu palet.

Udang galah akan bertukar sifat menjadi haiwan yang bersifat karnivor semasa proses penggantian kulit( molting). Udang galah ini akan memakan udang galah lain yang tidak menukar kulit. Untuk mengelakkan kejadian tersebut berlaku, udang galah ini kolam berasingan perlu disediakan ataupun menyediakan tempat persembunyian yang dibuat seperti menyediakan ranting kayu untuk udang galah yang tidak melakukan penggantian kulit ini berselindung.

E. Syarat kehidupan

Umumnya, udang boleh diternak di tambak air payau dengan kadar garam yang kurang daripada 7% (permil)dan kolam air tawar dengan kadar garam 0%. Udang galah boleh hidup di kawasan yang mempunyai ketinggian 1000meter dpl tetapi pertumbuhan adang galah adalah paling optimum pada ketinggian kurang 600 meter dpl. Kualiti air yang digunakan perlulah sesuai dan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Lembaga Perikanan Malaysia. Syarat kualiti air adalah seperti berikut:

  1. Kualiti air pada tahap persenyawaandan penetasan telur.
  • Suhu : 28 – 30 C۫
  • Nilai pH : 6.5 – 8.5
  • Oksigen terlarut : lebih daripada 5 ppm(mg/l)
  • kadar garam : 3 – 5 ppt(%)
  1. Kualiti air pada tahap penghasilan larva
  • Suhu : 28 – 30 C۫
  • Nilai pH : 6.5 – 8.5
  • Oksigen terlarut : lebih daripada 5 ppm(mg/l)
  • kadar garam : 10- 15 ppt(%)
  1. Kualiti air pada tahap penghasilan udang galah muda
  • Suhu : 28 – 30 C۫
  • Nilai pH : 6.5 – 8.5
  • Oksigen terlarut : lebih daripada 5 ppm(mg/l)
  • kadar garam : 10- 15 ppt(%)
  1. Kualiti air pada tahap penghasilan udang galah dewasa
  • Suhu : 28 – 30 C۫
  • Nilai pH : 6.5 – 8.5
  • Oksigen terlarut : lebih daripada 5 ppm(mg/l)
  • Kadar garam : 0 ppt (kolam air tawar)
  • Ketinggian : 50 – 100 cm

F. Tumbesaran Udang galah

Tumbesaran udang galah perairan semulajadi boleh mencecah berat 300g/ekor. Manakala udang galah yang diternak di dalam kolam boleh mencecah berat 100 – 200 g/ekor. Apabila udang galah mencecah berat 50 g/ekor ia dikenali sebagai tumbesaran dalam katagori pertumbuhan awal. Udang galah membiak di kawasan air tawar manakala penetasan telur adalah di kawasan air payau seperti perairan sungai – laut. Udang galah melakukan persenyawaan di kawasan berdekatan dengan air payau(muara sungai) unutk memudahkan proses penetasan dan mendapatkan telur yang berkualiti.

Untuk penternakan di dalam kolam, pengusaha perlu menggunakan ciri-ciri yang sama seperti habitat asal iaitu menyediakan air payau. Ia boleh dilakukan dengan menyediakan bekas khusus untuk penetasan telur dan bekas khusus untuk pemeliharaan larva yang diisi air laut.

Setelah telur disenyawakan , ia akan disimpan di bawah perut induk betina dan disokong oleh kaki renangnya. Induk udang galah dengan berat 50gram mampu menghasilkan berpuluh-puluh ribu butir telur. Telur yang telah disenyawakan berwarna kuning dan akan berubah menjadi jingga, coklat, kelabu muda dan kelabu tua.

Setelah 2-4 hari disenyawakan, udang akan dilepaskan kedalam kawasan air payau dan akan menetas pada keadaan salinitasi air (paras garam di dalam air) 11 -13 %. Kemudian , telur akan menetas menjadi larva dan seterusnya bertukar menjadi udang galah muda dan dewasa selaras dengan kadar penurunan garam didalam air . Udang galah muda dan dewasa akan berpindah ke kawasan air tawar dan akan kembali ke kawasam air payau jika ingin melakukan pembiakan dan persenyawaan.

G. Penggantian kulit

Kekerapan penggantian kulit udang galah berlaku sekali dalam masa 20-40 hari. Ia dipengaruhi oleh umur , jumlah dan kualiti makananyang diberikan serta kawasan lingkungan kehidupannya. Udang galah muda akan sentiasa memakan dan mencari makanan untuk mempercepatkan proses penggantian kulit dan meningkatkan tumbesaran udang galah. Mekanisme penggantian kulit udang bergantung kepada hormon yang dihasilkan oleh salah satu kelenjar yang terdapat pada bahagian pangkal mata. Gejala awal udang yang mengalami penggantian kulit adalah nafsu makan yang berkurangan, malas bergerak dan lebih banyak berlindung disekitar ranting, tumbuhan atau benda lain yang terdapat di kawasan sekitarnya.

Tempat pemeliharaan

A . Kolam

Sumber air untuk kolam penternakan ialah saluran perparitan, sungai , perigi atau air paip yang mengalir dengan baik. Untuk penetasan dan pembenihan , ia memerlukan air tawar dan sedikit air laut masin. Pengusaha boleh mendapatkan bekalan air tawar melalui tanah. Bagi menyediakan bekalan air payau unutk proses penetasan telur, sediakan bekas air yang boleh menampung kapasiti 10 tan air.

Kandungan bekalan oksigen juga penting untuk menjamin tumbesaran udang galah ini. Kandungan oksigen dan kardon dioksida perlu di ukur sentiasa. Kolam memerlukan sekurang-kurangnya 4mg/liter oksigen. Manakala kandungan karbon dioksida perlu kurang daripada 5 mg/liter. Alat pengukur kandungan kualiti air (water quality test kit) boleh digunakan untuk mengukur kandungan tersebut.

Manakala nilai PH di dalam kolam penternakan juga penting, untuk mengelakkan udang galah dari lemas. Pastikan nilai pH sentiasa pada tahap 6.5-8.5. Alat yang boleh digunakan untuk mengukur ialah kertas litmus.

Gas ammonia yang terhasil oleh proses pereputan di dalam kolam boleh mengacam ternakan udang galah ini. Gas ammonia yang terbebas akibat fitoplankton yang mati dan mengalami pereputan. Ini boleh menyebabkan penurunan nilai pH akibat peningkatan karbon dioksida. Kandungan gas ammonia antara 0.1- 0.3 mg/liter air boleh membunuh udang galah. Alat mengukur bahan beracun ini boleh diperolehi dikedai-kedai menjual alatan perikanan.

Air yang keruh disebabkan kawasan perairan yang berlumpur, bahan organik, sampah-sarap dan plankton. Ini mempengaruhi cahaya matahari menembusi air.

Kuantiti air adalah jumlah air yang perlu untuk mengairi satu unit kolam. Jumlah air yang diperlukan untuk pembenihan,persenyawaan dan pembesaran adalah berbeza.

B. Sawah

Terdapat dua jenis teknik penternakan udang galah dikawasan padi iaitu sistem tumpangan dan sistem penggiliran. Sistem tumpangan ini merupakan aktiviti pemeliharaan udang galah yang dilakukan bersama-sama dengan penanaman padi. Tempoh penternakan untuk teknik ini adalah terhad kepada 46-65 hari sahaja.

Untuk teknik penggiliran, iaitu bermula daripada musim kemarau hingga sebelum padi ditanam semula pada musim tengkujuh. Masa untuk penternakan lebih lama iaitu 2 bulan hingga 3 bulan

C. Tambak

Perkara utama yang membezakan penternakan udang di kolam penternakan dan penternakan udang di tambak ialah air yang digunakan. Penternakan kolam menggunakan air tawar manakala penternakan tambak menggunakan air payau. Syarat-syarat untuk membina tambak ;

  1. Perbezaan air pasang dan air surut adalah 1.5 – 2 meter, dimana air tidak mengalami kekeruhan .
  2. Kawasan tambak perlu berdekatan dengan pantai dan tanah yang landai.
  3. Tambak perlu dibina disisi atau berdekatan dengan muara sungai atau saluran.
  4. Tekstur tanah dasar terdiri daripada tanah Lumpur atau tanah Lumpur berpasir dimana kandungan pasirnya tidak lebih daripada 20%.Ia perlu mampu menahan air.
  5. Petak-petak sawah perlu diairi sepanjang tahun.

Teknik Pembenihan

Pusat penetasan telur perlu didirikan secara tertutup untuk menjamin kestabilan suhu. Pusat ini mesti dilengkapi dengan beberapa peralatan tertentu seperti bekas pembuatan air payau yang berukuran 2 X 10 m3 , bekas penyimpanan air payau, jaring, 12 buah bekas pemeliharaan larva yang berukuran 800-1000 m3 , bekas penetasan makanan semulajadi(atermia), bekas penetasan induk dan bekas penampungan anak udang galah (juvenil). Selain itu, sistem elektrikal dan kipas untuk pengudaraan juga penting. Terdapat dua kaedah teknik pembenihan ini.

Pertama , jika lokasi pusat berdekatan dengan pantai, sistem pemeliharaan akan menggunakan air baru setiap hari, iaitu penggantian air akan dilakukan setiap hari. Jika lokasi pusat pembenihan berjauhan dengan laut, sistem pusingan akan diaplikasikan dengan menggunakan air biasa tetapi secara berkualiti dan boleh dibaiki. Pembaikan kualiti air bertujuan untuk mengurangkan gas beracun, menghapuskan serangga dan penyakit , mengawal suhu air dan mengatur aliran pengudaraan. Sistem ini akan melalui proses biofilter,ozonisasi atau ultra violet.

Pemeliharaan Induk

Induk udang galah berasal dari tangkapan laut ataupun hasil pembenihan secara teknikal. Induk udang galah ditempatkan di dalam bekas kayu yang berlapik plastik(fiberglass). Bekas ini dilengkapi dengan sistem pengudaraan secara terus menerus. Sebelum dilepaskan ke dalam kolam pemeliharaan, induk udang galah akan direndam didalam larutan formalin 15-20 ppm selama 30 minit atau larutan kuprum sulfat 0.6ppm selama 6 jam. Ini bertujuan untuk mencegah sebarang penyakit terhadap udang galah.

Penetasan telur

Udang galah yang bertelur dapat dikenalpasti apabila induk melekatkan telur di bawah perutnya. Ia akan dipisahkan daripada udang-udang lain dan ditempatkan didalam bekas plastik. Telur akan mengalami perubahan warna yang ketara dimana, pada awalnya telur berwarna kuning akan berubah menjadi coklat tuadan sedia untuk ditetaskan. Telur akan ditetaskan didalam bekas plastik yang mempunyai air garam pada kadar 5-10% dan diberikan pengudaraan secara berterusan. Telur akan menetas dalam masa 24-30 jam.

Pemeliharaan larva

Telur udang galah yang telah menetas akan berubah menjadi karva dalam masa 2 hari. Larva tersebut akan dipelihara di dalam bekas konkrit atau bekas plastik yang berukuran 5m3 . Sebelum bekas tersebut digunakan, ia perlu dibilas dengan larutan formalin 5% dan dikeringkan selama 1-2 hari. Bekas pemeliharaan tersebut akan disikan dengan air garam pada kadar 5-10% dan diberikan pengudaraan secara berterusan. Sekiranya sistem pusingan air tudak digunakan, air biasa boleh digunakan dengan melakukan penyedutan air sebanyak dua kali sehari. Air akan diganti sebanyak 1/3 bahagian setiap 4-5 hari sekali.

Teknik Penebaran

Untuk penternakan kolam, sebelum udang menjalani proses pembesaran, benih udang tersebut akan ditebarkan dahulu didalam kolam atau sawah. Tujuan penebaran adalah untuk meningkatkan daya hidup udang, mendapatkan benih yang seragam dan berkualiti serta mengurangkan masa penggunaan kolam pembesaran.

Untuk penebaran di sawah, larva akan ditebarkan semasa berumur 15 hari dengan kepadatan setiap 25ekor/m2 dan akan dilakukan 10 hari selepas padi ditanam. Manakala masa menuai udang galah bergantung kepada umur udang galah, umur padi atau perubahan air sawah. Contohnya, udang boleh dituai semasa berumur 40-60 hari atau sesuai dengan umur padi, dua minggu sebelum padi dituai atau semasa air sawah mula kering.

Teknik pembesaran

Pembesaran udang galah di kolam atau ditambak perlu dilakukan secara sistem monokultur iaitu berasingan atau tidak bercampur dengan ikan air tawar yang lain. Ia bertujuan untuk mendapatkan hasil tuaian yang berkualiti.

Kesuburan kolam boleh ditingkatkan dengan menggunakan baja organik sebanyak 250-500 gram/ m2 .

Makanan udang galah

Terdapat dua jenis makanan iaitu makanan semulajadi dan makanan buatan. Makanan semulajadi mudah diperolehi dari sumber alam atau diternak di dalam kolam, tambak, sawah. Makanan semulajadi di kelompokkan sebagai kelompok tumbuhan dan kelompok haiwan. Kelompok tumbuhan ialah tumbuh-tumbuhan alga, kolera, diatom dan detritus. Manakala kelompok makanan daripada haiwan pula ialah cacing, serangga air, kerang-kerangan dan udang kecil.

Makanan buatan iaitu palet pula digunakan untuk pembesaran udang dikolam. Pemberian makanan mentah seperti kepingan-kepingan ikan atau daging tidak digalakkan kerana ia boleh mencemarkan air dan melambatkan pertumbuhan udang galah.

Kandungan nutrisi makanan yang diperlukan oleh udang juga penting untuk menjamin tumbesaran udang yang berkualiti. Bekalan nutrisi ini bergantung kepada umur dan bentuk udang galah yang dipelihara.udang galah muda memerlukan bekalan protein yang tinggi berbanding udang galah dewasa.

Kandungan nutrisi makanan yang diperlukan oleh udang adalah protein, lemak, serat kasar, fosfor, mineral dan pelbagai jenis protein. Udang galah juga memerlukan vitamin, kerana ia tidak boleh menghasilkan dengan sendiri. Pembekalan protein bergantung kepada tahap pembesaran udang iaitu antara 25 – 30%. Udang galah muda memerlukan 30% protein. Manakala udang galah dewasa memerlukan protein 30%. Contoh sumber protein haiwan yang baik adalah seperti tepung ikan, tepung kepala udang, tepung cumi dan tepung hati.

Selain protein, udang galah juga memerlukan bekalan tenaga, terutama semasa proses penggantian kulit. Bekalan tenaga ini boleh diperolehi daripada sumber karbohidrat yang banyak didapati didalam bijirin atau dedak. Malah lemak dan kolestrol juga diperlukan oleh udang galah. Sumber lemak yang baik boleh didapati daripada minyak ikan dan minyak hati ikan.

Contoh nutrisi yang lengkap untuk udang galah

NutrisiPeratus %
Protein,
Lemak
Karbohidrat
Vitamin
Mineral
Air
25 – 30
3 – 9
30 – 40
2 – 3
3 – 4
4 – 10
*2700 -3000 kkal/kg tenaga serta serat kasar kurang dari 3%

Di pasaran pada masa ini hanya menyediakan makanan untuk udang harimau. Makanan udang harimau mempunyai kandungan protein 40%. Ini sangat tinggi untuk udang galah dan tidak sesuai.

Saiz makanan udang galah perlu sesuai mengikut saiz bukaan mulut udang galah.Makanan udang untuk larva(berumur 2 hari) adalah berbentuk tepung, palet berdiameter 1 mm(udang galah muda @30 hari), palet berdiameter 2-3mm(udang galah dewasa@100hari). Palet ini hendaklah direndam 1-3 jam sehingga tidak hancur sebelum dimakan oleh udang.

Bagaimana untuk menghasilkan makanan dengan sendiri. Bekalan makanan untuk udang galah amat terhad dipasaran pada masa ini. Selain daripada itu penghasilan makanan udang galah dengan sendiri dapat menjimatkan kos makanan udang galah berbanding membeli dari pasaran.

Contoh kandungan yang diperlukan untuk mengahsilkan makanan udang galah dengan sendiri.

BahanJumlah %
Tepung Ikan
Tepung Jagung
Isi kelapa
Bijirin
Sagu
Campuran Vitamin
Mineral
Minyak sayuran
32
17
15
10
20
0.5
1.0
4.0
Untuk kandungan protein 30%
BahanJumlah %
Minyak ikan(ikan sepat)
Tepung udang
Tepung ikan
Tepung kelapa
Tepung kacang soya
Beras hancur
Dedak
Pelekat
3.0
5.0
10.0
5.0
5.0
25.5
25.5
1.0
Untuk kandungan protein 25%

Petua menyediakan palet

  1. Semua bahan yang dihancurkan@ dikisar sehingga halus
  2. Semua bahan yang telah hancur (kecuali campuran vitamin) digaul sehingga rata
    dengan menggunakan mesin pengadun
  3. Campurkan sedikit demi sedikit campuran vitamin kedalam adunan tersebut.Gaull
    sehingga rata
  4. Tambahkan sedikit cecair seperti minyak ikan kedalam adunan tersebut.
  5. Gaul sehingga rata
  6. Tambahkan air sebanyak 30 – 35 % sehingga adunan berbentuk pasta yang kental.
    Jumlah air ditambah bergantung kepada kelembapan bahan yang digunakan.
  7. Gaul 5 – 10 minit.
  8. Adunan dibentuk dengan gilingan daging yang mempunyai lubung 1/8 inchi.
    9 . Bentuk adunan selepas digiling adalah berukuran 1-2 cm.
  9. Keringkan palet yang lembap dibawah cahaya matahari.
  10. Simpan palet yang kering dan sejuk sehingga ditubuhi kulat

Sukatan pemberian makanan

Jumlah makanan yang diberikan kepada udang galah semasa jangkamasa pembesaran adalah 3 -5 % daripada jumlah berat udang yang dipelihara.Makanan diberikan dua kali sehari, iaitu pada waktu petang dan malam kerana pada masa ini udang galah aktif bergerak

Serangan unggas dan Penyakit

Serangan serangga dan ancaman penyakit semasa proses pemeliharaan dan pembesaran boleh menyebabkan kerugian kepada penternak.Untuk mengelakkan masalah serangan serangga dan ancaman penyakit ini, terdapat beberapa langkah pencegahan boleh dilakukan;

  1. Menyediakan kawasan penternakan yang baik dengan melaksanakan pengeringan kolam, pengolahan tanah dasar,pembaikan saluran dan parit, penaburan baja dan kapur, penutupan kebocoran sehingga pemasangan jaring disetiap pintu masuk dan keluar.
  2. Memastikan tahap nilai PH, suhu air, pembekalan oksigen dan kecerahan atau kekeruhan air mengikut habitat yang bersesuaian dengan udang galah
  3. Memastikan tiada gangguan daripada virus , bakteria, protozoa, cacing, parasit atau kulat.

Serangan unggas ini adalah unggas yang mempunyai sifat pemangsa. Untuk mengatasi serangan serangga ini, pemasangan jaring merupakan salah satu alternatif untuk mengelakkan serangan serangga perosak ini. Untuk membasmi serangga perosak ini bahan-bahan tertentu juga boleh dicampurkan seperti Rotenon 5ppm(mg/liter) atau Saponin 10ppm(mg/liter).

Penyakit yang dihadapi oleh udang galah ini biasanya menyerang kaki jalan, kaki renang atau tangkai mata udang galah. Penyakit ini disebabkan oleh cendawan dari sepsis Leginidium sp.yang menular dengan cepat dan boleh menyebabkan kematian larva.

Penyakit ini akan menyerang udang pada peringkat larva,udang galah muda dan dewasa. Gejala serangan ini adalah udang akan kelihatan merah, berenang secara mengiring dan lambat bergerak.

Penyakit ini boleh dicegah dengan menjaga kualiti air seperti memasang jaring pada pintu masuk air. Dan penggunaan fungisida juga boleh membasmi cendawan ini.

Selain itu, terdapat juga bakteria yang menyerang udang galah ini. Biasanya bakteria jenis Leucothryx sp. Bahagian tubuh udang yang mudah dijangkiti bakteria ini ialah bahagian insang. Ini akan menyebabkan pernafasan udang terganggu dan udang akan lemas dan sukar untuk bergerak. Jika berterusan , udang akan timbul di permukaan air dan kelihatan sukar untuk bernafas.

Pencegahan boleh dilakukan dengan menjaga kualiti air. Bahan kimia yang boleh membantu mencegah penyakit ini adalah Furanace(ubat antibakteri)yang diperlukan sebanyak 1ppm. Antara bakteria lain adalah Aeromonas sp., Pseudomonas sp. Dan Vibrio sp. Bakteria ini boleh dicegah dengan menggunakan larutan Furazolidone sebanyak 10ppm atau larutan Prefuran sebanyak 1 ppm.

Penyakit Hepatopankreas boleh menyebabkan timbul gelembong-gelembong udara yang berbentuk lemak disekitar kelenjar perut. Pencegahan boleh dibuat dengan bahan kimia chloromycetin yang digunakan sebanyak 10 ppm.

Penyakit Protozoa ini boleh menyerang larva. Penyakit akan melekat pada bahagian luar tubuh udang misalnya diruas tubuh, ekor dan karapas. Gejala penyakit ini adalah udang akan menjadi lemah , pergerakan tidak normal (mengiring dan lambat) dan banayk kehilangan tenaga.

Penuaian dan Pengendalian hasil selepas menuai.

Penuaian atau penangkapan udang dilakukan setelah udang yang dipelihara selama 5-6 bulan. Pada masa itu, berat minimum udang galah mencapai 30 ekor/gram(bilangan 30 ekor). Penuaian dilakukan setelah udang galah mencapai ukuran 10 -15 ekor/kg. Udang hendaklah ditangkap menggunakan sauk atau jaring . Penangkapan juga perlu dilakukan dengan berhati-hati untuk mengelakkan udang galah ini cedera dan tertekan.

Pengendalian hasil udang galah selepas dituai amat berbeza dengan udang jenis lain. Udang galah akan mati selepas ditangkap dan warna pada tubuhnya akan berubah beransur-ansur diikuti dengan perubahan bau dan rasa.

Penyemburan dilakukan ketika udang galah yang ditangkap dikumpulkan didalam bekas untuk memastikan kulit udang galah sentiasa bersih dan mengurangkan jakitan bacteria.

Pendinginan memerlukan ketulan ais untuk mempertahankan mutu udang dan menghapuskan bakteria.
Udang yang telah diisi didalam plastik berais, akan diangkut ketempat pengolahan dengan menggunakan kotak yang dingin dan kedap udara.

Petua Penternakan Udang galah berjaya

Melaksanakan kajian Pasaran

Kajian awal tentang pasaran amat penting untuk mengetahui keperluan dan jumlah permintaan udang yang perlu dipenuhi. Langkah-langkah tersebut termasuk memeriksa keperluan udang galah di beberapa tempat yang mempunyai permintaan yang tinggi seperti hotel, restoran, pasaraya , pasaran ekport atau pengedar utama.

Selain itu , penternak juga perlu mengetahui maklumat tentang pasaran udang galah. Maklumat tersebut digunakan untuk menentukan masa penebaran benih dan penuaian. Ia berkait rapat dengan penentuan harga jualan bagi setiap pengeluaran udang galah.ia bertujuan untuk mengelakkan berlakunya penawaran yang melebihi permintaan dimana pengeluaran udang galah melebihi penggunaannya di pasaranseterusnya menyebabkan harga 1kg udang galah akan menurun dengan mendadak.

Modal

Bagi para pengusaha atau penternak yang baru menceburkan diri dalam bidang penternakan udang galah, keperluan modal adalah salah satu faktor utama yang diperlukan untuk memulakan perniagaan. Sumber modal berbentuk modal sendiri atau pinjaman bank dan syarikat kewangan. Selain itu, pengusaha juga boleh menjalankan usahasama atau perkongsian dengan pengusaha lain dengan mengeluarkan modal. Kelebihan menggunakan modal sendiri adalah pengusaha tidak akan terikat dengan sebarang faedah(interest) dan keperluan membayar semula pinjaman. Bagi perniagaan yang dilakukan secara perkongsian, ia boleh mengelakkan pengusaha terpaksa menanggung beban kerugian secara bersendirian malah setiap aktiviti boleh dikongsi dengan pengkongsi lain. Bagi perniagaan yang dilaksanakan secara kelompok, ia akan memudahkan proses pemasaran berbanding dengan pengusaha sendiri.

Pemilihan Jenis Perusahaan

Udang galah yang dipilih perlulah mempunyai kriteria yang dapat memenuhi permintaan di pasaran. Sekiranya kapasiti pengeluaran benih melebihi permintaan di pasaran, ia akan mengundang masalah kepada pengusaha. Selain itu, jika penternakan udang galah tidak dilakukan di kolam penternakan kolam, ini akan menyukarkan penternak untuk mengasingkan udang galah yang diperlukan oleh pengedar dan pembeli yang akan menyebabkan usaha pemeliharaan terpaksa diteruskan untuk pembelian seterusnya yang akan menyebabkan udang galah yang dibekalkan kurang berkualiti. Jika penternakan dilakukan di kolam penternakan, udang galah yang berlebihan akan dipelihara sebagai udang pengguna.

Usaha penternakan udang galah memerlukan kos pembiayaan yang tinggi. Keperluan penternak adalah mendapatkan benih udang galah yang bermutu tinggi daripada tempat penetasan telur yang terdekat serta mempertimbangkan kualiti dan harga udang galah berpatutan.Pemilihan benih yang tidak bermutu menyebabkan udang tidak mencapai pertumbuhan optimum serta harga udang galah akan menurun serta boleh menyebabkan kerugian kepada penternak.

Mengenalpasti Faktor Risiko

Antara risiko yang bakal dihadapi adalah kekeringan dan kekurangan air ketika musim kemarau. Keaadaan ini berlaku di kolam-kolam atau sawah. Pencemaran juga boleh menyumbang kepada kegagalan usaha penternakan. Pemilihan lokasi yang berdekatan dengan kawasan pertanian adalah tidak sesuai kerana penggunaan racun perosak atau pestesid boleh membunuh udang galah. Risiko serangan serangga dan ancaman penyakit juga boleh mengancam nyawa udang galah. Malah udang galah dewasa yang bersifat karnivor @ memakan udang galah lain semasa penggantian kulit boleh mengancam nyawa udang.

Pengambilan Tenaga Pekerja

Pemilihan perkerja perlu dipertimbangkan dengan sebaiknya. Umumnya, satu kawasan penternakan (1 hektar) memerlukan 2 orang pekerja tetap dan 4 orang pekerja sementara semasa proses penuaian.Selain itu, seorang pekerja diperlukan untuk melakukan pemasaran dan mengadakan perbincangan atau rundingan berkaitan dengan usaha penternakan serta cara-cara untuk mengatasi masalah yang timbul. Pekerja yang berpengalaman juga diambil terutamanya semasa pemilihan benih yang sesuai dan bermutu tinggi, pengasingan benih untuk dipasarkan dan benih untuk pengguna seterusnya.

Merancang Penternakan

Rancangan penternakan perlu dirangka dan disusun mengikut keutamaan

RancanganTahun pertama (Bulan)
Mengkaji lokasi
Mengkaji pasaran
Pembinaan kolam pembenihan
Pembinaan kolam penternakan
Pembinaan gudang & rumah penjaga
Pemasangan elektrik
Pembajaan
Proses penebaran benih
Pemeliharaan kolam penternakan
Memindahkan benih ke kolam pembesaran
Pemiliharaan di kolam pembesaran
Persediaan untuk proses penuaian
Proses penuaian
Hasil selepas tuai dan pemasaran
Bulan pertama
Bulan pertama
Bulan ke 2 – 3
Bulan ke 2 – 3
Bulan pertama
Bulan ke 2
Bulan ke 3 – 5
Bulan ke 4 – 5
Bulan ke 4 – 5
Bulan ke 5 – 6
Bulan ke 5 – 9
Bulan ke 10 – 11
Bulan ke 11 – 12
Bulan ke 11 – 12

Loading

Buka Chat
Scan the code
Hi saya Syamil 👋
Apa yang boleh saya bantu anda?